|
|||||
BERITA
APIUM Peperiksaan Kelab Bahasa MUET Kemasukan Baru Kursus Intensif Komputer Perlantikan Baru(Sensasi) RENCANA Web
Requirement
|
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Aktiviti PRINSMA Penggunaan
Persatuan Pusat
Komputer Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ini menawarkan
perkhidmatan untuk penggunaan komputer kepada persatuan-persatuan yang
terdapat di APIUM Nilam Puri. Ini adalah merupakan dasar pusat ini yang
utama iaitu untuk membantu para pelajar untuk bergiat secara cergas
dalam persatuan masing-masing. Wakil-wakil persatuan yang ingin
menggunakan komputer perlulah terlebih dahulu mendaftar kepada Committee
yang bertugas dan penggunaannya dihad kepada 2 jam bagi setiap tempahan.
Aktiviti telah dapat diteruskan dengan baik walaupun kekalutan berlaku
akibat pertembungan dengan program Kursus Intensif Komputer. Kesan
daripada perkhidmatan untuk persatuan ini, kebanyakan persatuan anak
negeri di sini berjaya mengadakan pelbagai program di negeri
masing-masing. Di antara sebab yang menyumbang ke arah kejayaan ini
antaranya faktor perkhidmatan perkomputeran yang kami tawarkan ini
membantu mereka dalam menyelesaikan kerja-kerja yang memerlukan kepada
komputer. Bengkel
Komputer Mesra Pejabat Bengkel
Komputer Mesra Pejabat ini pada dasarnya bertujuan untuk memberi
pendedahan yang lebih luas kepada kakitangan pejabat tentang penggunaan
aplikasi-aplikasi pejabat seperti Microsoft Word dan Micrososft Excel
dengan mudah dan selamat selain dapat mengeratkan lagi perhubungan
antara PRINSMA dan pihak pentadbiran. Kursus ini diadakan sehari selama
3 jam dan terbuka kepada semua kakitangan pejabat. Walaupun kursus ini
kurang mendapat sambutan daripada kakitangan pejabat kerana ini
merupakan bengkel komputer yang pertama pusat ini, namun ianya tetap
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel
Komputer Bersama Pimpinan Pelajar 2
Siri bengkel ini telah berjaya diadakan dengan penyertaan yang
menggalakkan daripada para pimpinan iaitu Biro HELWI daripada Persatuan
Mahasiswa APIUM Nilam Puri dan Jawatankuasa Tindakan Kolej Al Malik
Khalik. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pimpinan
persatuan tentang penggunaan aplikasi pejabat seperti Microsoft Word dan
Microsoft Excel secara mudah terutama untuk kerja-kerja persatuan.
Seramai 22 orang pimpinan terlibat dalam bengkel ini dan bengkel
berlangsung selama 2 hari. Fasilitator yang bertugas mengendalikan
bengkel ini adalah terdiri daripada kalangan Committee yang mahir
dalam setiap aplikasi yang ditawarkan. Bengkel ini berjaya mencapai
matlamatnya iaitu untuk merapatkan lagi hubungan antara Committee
PRINSMA dan pihak pimpinan pelajar. Program-program
Mega 2000
Cadangan
aktiviti-aktiviti PRINSMA bagi sesi akademik 2000/2001 adalah seperti
berikut: Minggu
Terbuka IT APIUM Nilam Puri (Nilam Puri IT Fest) Program
ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan PRINSMA kepada warga APIUM
Nilam Puri dan masyarakat sekitar selain sebagai satu alat untuk
mendekatkan para pelajar kepada masyarakat luar melalui pendekatan
teknologi maklumat. Program ini bermatlamat untuk memindahkan teknologi
yang telah sedia ada di Instutusi Pengajian Tinggi yang lain yang
terdapat di sekitar negari Kelantan seperti Institut Teknologi Tun Abdul
Razak (ITTAR), Universiti Sains Malaysia (USM), Kolej Agama Sultan
Zainal Abidin (KUSZA) dan lain-lain lagi kerana institusi-institusi ini
mempunyai sistem perkomputeran untuk pembelajaran yang agak canggih
berbanding kami di PRINSMA yang masih di peringkat permulaan. Penerbitan
Kamus Uslub Arab Aktiviti
ini adalah aktiviti penerbitan yang utama di PRINSMA. Aktiviti ini
adalah sebahagian daripada usaha pihak kami untuk meluaskan penggunaan
Bahasa Arab ni APIUM Nilam Puri ini. Kamus uslub ini disediakan dalam
tri-bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Walaupun penerbitan ini dibuat secara komersil, namun tujuan utama kami
bukanlah untuk mengaut keuntungan yang besar, tetapi sekadar untuk
memberi pendedahan kepada Committee
kami untuk berkecimpung dalam pengurusan perniagaan berasaskan
perkhidmatan. Selain itu, penerbitan kamus ini dapat memberi peluang
kepada para pelajar di sini untuk memiliki kamus ini dengan harga yang
lebih berpatutan dan lebih ekonomik kepada seseorang penuntut universiti.
Penerbitan kamus ini dicadangkan untuk diselenggarakan bersama-sama
persatuan bahasa yang bakal ditubuhkan oleh pihak pentadbiran. Bengkel
Kemahiran Komputer Bengkel
untuk sesi ini lebih ditumpukan kepada penggunaan aplikasi-aplikasi
seperti Adobe PageMaker, selain pakej-pakej aplikasi pejabat diteruskan
seperti yang diadakan pada sesi akademik kali ini. Apa yang berbeza
adalah mungkin tenaga pengajar untuk sesi ini ditumpukan kepada mereka
yang pakar dalam bidang perkomputeran seperti para pensyarah dari bidang
IT atau sebagainya. Kursus
Intensif Komputer Fasa II Kursus
ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Komputer Fasa Pertama pada
semester ini dan bertujuan untuk memantapkan lagi asas-asas kemahiran
yang telah peserta-peserta peroleh ketika mengikuti kursus fasa pertama.
Selain daripada bentuk pengajaran yang lebih baik, modul-modul yang
disediakan lebih bersifat keperluan kepada perkara-perkara yang
berkaitan akademik pelajar. Pameran
Minggu Haluan Siswa Pameran ini dicadangkan berlangsung pada hari pendaftaran pelajar baru yang akan mengikuti kursus integrasi di sini pada 12 Jun 2000. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan PRINSMA kepada pelajar-pelajar baru dan menarik mereka untuk menyertai setiap program yang dianjurkan oleh PRINSMA. Pelbagai pengisian disusun untuk pameran ini seperti pendedahan kepada ibubapa tentang penggunaan Internet dan komputer dengan lebih berkesan terutama untuk skop pendidikan, selain aktiviti penjualan peranti-peranti komputer seperti disket dan sebagainya dengan harga yang lebih murah turut diadakan. Program ini adalah program yang pertama kami pada semester hadapan dan segala gerak kerja masih lagi di peringkat awal perancangan. Kami amat-amat berharap, bilangan komputer dapat ditambah dalam masa terdekat untuk membuktikan kepada ibubapa pelajar, bahawa APIUM Nilam Puri bukanlah tempat yang hanya menumpukan kepada pendidikan agama semata-mata bahkan sebagai sebuah pusat pengajian yang lebih global
Sautut
Tolabah: Al
Jihad. Ruangan
Iklaneka Web Master.
|
APIUM Sejarah Pentadbiran Kemudahan Syariah Usuluddin Pendidikan Bersama Pra & Integrasi Perpustakaan Masjid PRINSMA Komentar Iklaneka Thought
for the week |