|
|||||
BERITA
APIUM Peperiksaan Kelab Bahasa MUET Kemasukan Baru Kursus Intensif Komputer Perlantikan Baru(Sensasi) RENCANA Web
Requirement
|
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Mari Berborak di Zaman Siber Oleh: Siti
Firdaus Zakaria
Rasanya
masih ramai yang belum benar-benar arif dengan istilah IRC ini. Untuk
makluman semua, IRC ialah kependekan kepada Internet Relay Chat atau
Perbualan Berganti, Internet, berborak, bersembang atau disebut juga
dengan istilah chit chat.
Sememangnya IRC ialah satu 'kompenen' yang berjaya menarik minat
pengguna Internet. Ia menjadi pilihan pengguna Internet untuk
menghilangkan rasa bosan di samping menambahkan bilangan kenalan mereka
di alam siber.
Namun,
setakat manakah ruangan ini digunakan sebaiknya oleh pengguna kita untuk
tujuan yang berfaedah kerana beberapa bulan lepas pengguna Internet
Malaysia pernah dilabelkan sebagai TIDAK BERETIKA oleh PENYEDIA RUANGAN
BERBORAK ANTARA BANGSA dalam menyertai ruangan berborak ini. Inilah
akibatnya kalau tidak menjaga tutur bicara dengan betul. Bak kata
pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. IRC
Bagi
remaja kita, IRC tentunya mereka sudah kenali. Tetapi bagi yang baru
hendak berjinak-jinak dengan Internet, marilah kita sama-sama berkenalan
dengan IRC ini. IRC secara umumnya adalah perkembangan langsung daripada
Sistem Papan Buletin (Bulletin Board System - BBC) yang dikembang oleh
Jarkko Oikarinen pada tahun 1988 di Finland. IRC membolehkan
pengguna-pengguna Internet berkomunikasi dengan menghantar mesej dan
dibalas oleh pengguna lain dalam masa yang sama dalam satu kotak mesej.
Berbeza
dengan e-mel, IRC tidak memerlukan alamat e-mel seseorang. Melalui IRC,
perbualan berlaku dalam satu saluran atau rangkaian yang boleh disertai
oleh beribu-ribu pengguna Internet dalam masa yang serentak. Pengguna
hanya perlu menaipkan mesej atau apa-apa kata perbualan untuk perhatian
pengguna yang lain atau pengguna boleh terus memilih nama pengguna yang
sedang menyertai sidang perbualan tersebut.
Perbualan
ini boleh bersifat terbuka atau peribadi. Untuk perbualan peribadi,
pengguna hanya perlu memasuki 'bilik tertentu' yang dipilih dan berbual
di dalamnya tanpa gangguan pengguna lain. Anda boleh berbual apa tajuk
pun di situ. Walaupun begitu, perbualan anda sebenarnya dikawal oleh
operator saluran yang biasanya juga mempunyai nama samarannya sendiri.
Jadi berhati-hati ketika berbual.
Antara laman web perbualan yang sering dikunjungi oleh penggemar
ruangan ini ialah http://www.amboi.net, http://www.warung mamak.com,http://www.yahoo.com,http://www.alamak.com,http://undernet.org
dan http://www.dal.net
.Jika anda
pengguna baru, anda boleh mengikut arahan-arahan yang diberikan oleh
mana-mana penyedia ruangan ini. Sebelum mendaftar, bacalah dahulu etika
dan larangan-larangan yang perlu diambil perhatian semasa berbual.
Tidaklah susah sangat untuk memasuki ruangan berborak ini cuma anda
perlu bersabar menunggu loadingnya yang agak lambat untuk masuk berbual.
Walaubagaimanapun,
mana-mana laman IRC akan menjadi menarik jika penggunanya
tahu memanfaatkan kemudahan yang disediakan itu di samping menjaga tutur
bicara mereka bagi menjadikan ruangan tersebut ceria dan berilmu. Semasa
berbual, pastikan anda sentiasa menjaga tutur bicara dan bertimbang rasa
serta bertanggungjawab. Anggaplah
semasa kita berbual di IRC, kita sebenarnya berhadapan dengan ramai
orang di sekeliling kita dan mereka membaca setiap mesej yang kita
hantar ke situ. Oleh itu, anda mesti menjaga adab sopan, tingkah laku
dan bicara anda sebagaimana anda berdepan dengan orang ramai.
Selain
itu, anda juga boleh memilih nama samaran untuk menyertai ruangan ini.
Tetapi kalau hendak memilih nama samaran, anda dinasihatkan agar memilih
nama samaran yang senonoh dan baik sikit. Kadangkala terbetik rasa malu
juga bila ada pengguna yang menyertai ruangan ini memilih nama samaran
yang tak senonoh dan tidak sedap disebut atau mendengarnya. Pemilihan
nama samaran yang tak senonoh sebenarnya menggambarkan peribadi kita
juga. Kalau kita memilih nama samaran yang agak tidak senonoh, maka
orang lain akan menganggap pemikiran dan peribadi kita juga begitu.
Apatah lagi sebagai seorang Islam kita harus menjaga adab sopan di mana
sahaja kita berada dan pada setiap masa walau dalam apa jua keadaan. LARANGAN
DAN ETIKA Ketika
berbual, elakkan diri daripada terlalu emosional. Kalau dah nak marah
sangat janganlah sampai memaki hamun atau mengeluarkan
perkataan-perkataan yang kesat di situ. Kalau tak puas hati, keluar saja
dengan baik dari situ. Tak perlu marah-marah.Berikut antara beberapa
larangan yang patut dijauhi oleh pengguna semasa berbual:- ·
-
Mengeluarkan kata-kata yang kesat,kasar,bersifat mengugut dan
lucah. ·
-
Berperilaku tidak senonoh sehingga mengganggu ketenteraman orang
lain. ·
- Menghantar maklumat yang tidak berguna kepada seseorang atau
saluran kerana ia akan mengganggu kelancaran hubungan jaringan secara
keseluruhan. ·
-
Berhati-hati jika ada yang mempelawa anda berjumpa secara
bersemuka. Mintalah pandangan ibu bapa atau penjaga dahulu sebab kita
tidak mengetahui latar belakang orang tersebut. Apa
pula yang patut anda lakukan:- ·
- Memberi salam setiap kali masuk ke ruangan berborak ·
-
Menyapa setiap orang yang baru masuk. ·
- Menghargai pendapat orang lain. ·
- Menghargai privacy
orang lain. ·
-
Ramah, tidak mudah tersinggung, sabar dan pemaaf. Semoga para pengguna kita dapat menjadikan ruangan berborak ini suatu tempat yang lebih berfaedah dan berilmu kepada semua dengan menjaga tatasusila kita semasa berbual. Kalau hendak berbual kosong pun, biarlah berpada-pada. Dan ada baiknya jika pengguna kita tidak membazirkan bil telefon dan Internet dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah sampai berjam-jam. Bukankah lebih baik jika wang tersebut digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah daripada membazir? TEPUK DADA TANYALAH IMAN...
Sautut
Tolabah: Al
Jihad. Ruangan
Iklaneka Web Master.
|
APIUM Sejarah Pentadbiran Kemudahan Syariah Usuluddin Pendidikan Bersama Pra & Integrasi Perpustakaan Masjid PRINSMA Komentar Iklaneka Thought
for the week |