Make your own free website on Tripod.com


Buletin Mingguan Apium Nilam Puri/April 2000/Muharram 1421

BERITA APIUM
Peperiksaan
Kelab Bahasa
MUET
Kemasukan Baru
Kursus Intensif Komputer
Perlantikan Baru(Sensasi)

RENCANA
mIRC
Forum Pembaca


Utilities
Global Links
News Review
HTML Editor
Arabic Version

Ruangan Khas
Berita dari seluruh IPT tanah air. Tunggu kemunculannya.

Web Requirement
OS: Windows 98
Browser: IE 5.0
Screen: 800x600
Java: Must Enabled

Please noted:
This page is tested only with IE 5.0 

Sebarang permasalahan sila hubungi:

Pusat Komputer, Akademi Pengajian Islam,Univerisiti Malaya, 16010 Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 
609-7129384
013-9026963

Selamat tahun baru hijrah, hijrah membentuk diri dan hati ke arah yang lebih harmoni dan murni... 
committee 


KrewBoard
Matmeer, 
Sofwé, Warq, Mukrim, Hanif, Firdaus, Malik, najwa, hanifah, anis, fatimah, faizah, endang, marlina, zamang, jaaf, duwan, hasrul, samriey, mazz, aizan, zariah, zamzila 


Universiti Malaya-Tradisi Kecemerlangan


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Aktiviti PRINSMA

Penggunaan Persatuan

Pusat Komputer Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ini menawarkan perkhidmatan untuk penggunaan komputer kepada persatuan-persatuan yang terdapat di APIUM Nilam Puri. Ini adalah merupakan dasar pusat ini yang utama iaitu untuk membantu para pelajar untuk bergiat secara cergas dalam persatuan masing-masing. Wakil-wakil persatuan yang ingin menggunakan komputer perlulah terlebih dahulu mendaftar kepada Committee yang bertugas dan penggunaannya dihad kepada 2 jam bagi setiap tempahan. Aktiviti telah dapat diteruskan dengan baik walaupun kekalutan berlaku akibat pertembungan dengan program Kursus Intensif Komputer. Kesan daripada perkhidmatan untuk persatuan ini, kebanyakan persatuan anak negeri di sini berjaya mengadakan pelbagai program di negeri masing-masing. Di antara sebab yang menyumbang ke arah kejayaan ini antaranya faktor perkhidmatan perkomputeran yang kami tawarkan ini membantu mereka dalam menyelesaikan kerja-kerja yang memerlukan kepada komputer. 

Bengkel Komputer Mesra Pejabat

Bengkel Komputer Mesra Pejabat ini pada dasarnya bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada kakitangan pejabat tentang penggunaan aplikasi-aplikasi pejabat seperti Microsoft Word dan Micrososft Excel dengan mudah dan selamat selain dapat mengeratkan lagi perhubungan antara PRINSMA dan pihak pentadbiran. Kursus ini diadakan sehari selama 3 jam dan terbuka kepada semua kakitangan pejabat. Walaupun kursus ini kurang mendapat sambutan daripada kakitangan pejabat kerana ini merupakan bengkel komputer yang pertama pusat ini, namun ianya tetap dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Bengkel Komputer Bersama Pimpinan Pelajar

2 Siri bengkel ini telah berjaya diadakan dengan penyertaan yang menggalakkan daripada para pimpinan iaitu Biro HELWI daripada Persatuan Mahasiswa APIUM Nilam Puri dan Jawatankuasa Tindakan Kolej Al Malik Khalik. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pimpinan persatuan tentang penggunaan aplikasi pejabat seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel secara mudah terutama untuk kerja-kerja persatuan. Seramai 22 orang pimpinan terlibat dalam bengkel ini dan bengkel berlangsung selama 2 hari. Fasilitator yang bertugas mengendalikan bengkel ini adalah terdiri daripada kalangan Committee yang mahir dalam setiap aplikasi yang ditawarkan. Bengkel ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk merapatkan lagi hubungan antara Committee PRINSMA dan pihak pimpinan pelajar.

Program-program Mega 2000

Cadangan aktiviti-aktiviti PRINSMA bagi sesi akademik 2000/2001 adalah seperti berikut:

Minggu Terbuka IT APIUM Nilam Puri (Nilam Puri IT Fest)

Program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan PRINSMA kepada warga APIUM Nilam Puri dan masyarakat sekitar selain sebagai satu alat untuk mendekatkan para pelajar kepada masyarakat luar melalui pendekatan teknologi maklumat. Program ini bermatlamat untuk memindahkan teknologi yang telah sedia ada di Instutusi Pengajian Tinggi yang lain yang terdapat di sekitar negari Kelantan seperti Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR), Universiti Sains Malaysia (USM), Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan lain-lain lagi kerana institusi-institusi ini mempunyai sistem perkomputeran untuk pembelajaran yang agak canggih berbanding kami di PRINSMA yang masih di peringkat permulaan.

Penerbitan Kamus Uslub Arab

Aktiviti ini adalah aktiviti penerbitan yang utama di PRINSMA. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada usaha pihak kami untuk meluaskan penggunaan Bahasa Arab ni APIUM Nilam Puri ini. Kamus uslub ini disediakan dalam tri-bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Walaupun penerbitan ini dibuat secara komersil, namun tujuan utama kami bukanlah untuk mengaut keuntungan yang besar, tetapi sekadar untuk memberi pendedahan kepada Committee kami untuk berkecimpung dalam pengurusan perniagaan berasaskan perkhidmatan. Selain itu, penerbitan kamus ini dapat memberi peluang kepada para pelajar di sini untuk memiliki kamus ini dengan harga yang lebih berpatutan dan lebih ekonomik kepada seseorang penuntut universiti. Penerbitan kamus ini dicadangkan untuk diselenggarakan bersama-sama persatuan bahasa yang bakal ditubuhkan oleh pihak pentadbiran.

Bengkel Kemahiran Komputer

Bengkel untuk sesi ini lebih ditumpukan kepada penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Adobe PageMaker, selain pakej-pakej aplikasi pejabat diteruskan seperti yang diadakan pada sesi akademik kali ini. Apa yang berbeza adalah mungkin tenaga pengajar untuk sesi ini ditumpukan kepada mereka yang pakar dalam bidang perkomputeran seperti para pensyarah dari bidang IT atau sebagainya.

Kursus Intensif Komputer Fasa II

Kursus ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Komputer Fasa Pertama pada semester ini dan bertujuan untuk memantapkan lagi asas-asas kemahiran yang telah peserta-peserta peroleh ketika mengikuti kursus fasa pertama. Selain daripada bentuk pengajaran yang lebih baik, modul-modul yang disediakan lebih bersifat keperluan kepada perkara-perkara yang berkaitan akademik pelajar.

Pameran Minggu Haluan Siswa

Pameran ini dicadangkan berlangsung pada hari pendaftaran pelajar baru yang akan mengikuti kursus integrasi di sini pada 12 Jun 2000. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan PRINSMA kepada pelajar-pelajar baru dan menarik mereka untuk menyertai setiap program yang dianjurkan oleh PRINSMA. Pelbagai pengisian disusun untuk pameran ini seperti pendedahan kepada ibubapa tentang penggunaan Internet dan komputer dengan lebih berkesan terutama untuk skop pendidikan, selain aktiviti penjualan peranti-peranti komputer seperti disket dan sebagainya dengan harga yang lebih murah turut diadakan. Program ini adalah program yang pertama kami pada semester hadapan dan segala gerak kerja masih lagi di peringkat awal perancangan. Kami amat-amat berharap, bilangan komputer dapat ditambah dalam masa terdekat untuk membuktikan kepada ibubapa pelajar, bahawa APIUM Nilam Puri bukanlah tempat yang hanya menumpukan kepada pendidikan agama semata-mata bahkan sebagai sebuah pusat pengajian yang lebih global


RUANGAN IKLANEKA IDEOLOGI

Sautut Tolabah:
Biro Penerbitan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Univerisiti Malaya telah berjaya mengeluarkan majalah tahunannya. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi saudara Fitri Ali. Senaskhah berharga RM 4.50.    

Al Jihad.
Majalah Dwi-tahunan APIUM Nilam Puri ini dengan penampilan yang baru akan diterbitkan tidak lama lagi. Segala persoalan sila hubungi Pengarah Urusannya Saudara Mohd. Tarmimi Mat Hussin.

Ruangan Iklaneka
Kepada mana-mana persatuan atau badan baik luar atau dalam, mahupun orang perseorangan boleh menempah ruangan iklan kami di IDEOLOGI ini. Sila hubungi WebMaster untuk tujuan tersebut.

Taip Setting
Pusat Komputer kaademi Pengajian Islam universiti Malaya menawarkan perkhidmatan taip setting english dan arabic. Berminat sila hubungi WebMaster laman ini.

Bayar Hutang Wooiii
Mana-mana individu yang berhutang dengan Persatuan Mahasiswa APIUM Nilam Puri, diminta untuk tampil menjelaskan hutang-hutang tersebut.-Biro PPL PMAPIUM NP

Sponsor
Kami menjemput mana-mana pihak yang ingin men'sponsor' laman kami secara komersil.

Web Master

 

 

APIUM
Sejarah
Pentadbiran
Kemudahan
Syariah
Usuluddin
Pendidikan Bersama
Pra & Integrasi
Perpustakaan
Masjid


PRINSMA
Pengenalan
Organisasi
Aktiviti

UniLinks
UM
UIAM
UKM
UTM
UUM
UPM
UMS
UNIMAS
KUSZA

Komentar
Kami mengalu-alukan cadangan dan komen daripada anda untuk ruangan Forum kami. Hantarkan surat saudara/i melalui e mel atau tuliskan terus kepada kami. 
prinsma@hotmail.com

Iklaneka
Kepada mana-mana persatuan, atau orang- orang perseorangan yang ingin menyertai ruangan iklan kami, hubungi kami.

Thought for the week
 
"...Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan mengingati Allah itu adalah lebih baik, dan Allah maha  mengetahui apa yang kamu kerjakan."
( al Ankabut: 45 )

"Sesungguhnya ilmu itu barang yang hilang daripada orang mukmin, maka kutiplah ia dimana sahaja kamu jumpainya "
( Mafhum Hadith )