Buletin Mingguan Apium Nilam Puri/April 2000/Muharram 1421

BERITA APIUM
Peperiksaan
Kelab Bahasa
MUET
Kemasukan Baru
Kursus Intensif Komputer
Perlantikan Baru PRINSMA

RENCANA
mIRC
Forum Pembaca


Utilities
Global Links
News Review
HTML Editor
Arabic Version

Ruangan Khas
Berita dari seluruh IPT tanah air. Tunggu kemunculannya.

Web Requirement
OS: Windows 98
Browser: IE 5.0
Screen: 800x600
Java: Must Enabled

Please noted:
This page is tested only with IE 5.0 

Sebarang permasalahan sila hubungi:

Pusat Komputer, Akademi Pengajian Islam,Univerisiti Malaya, 16010 Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 
609-7129384
013-9026963

Selamat tahun baru hijrah, hijrah membentuk diri dan hati ke arah yang lebih harmoni dan murni... 
committee 


KrewBoard
Matmeer, 
Sofwé, Warq, Mukrim, Hanif, Firdaus, Malik, najwa, hanifah, anis, fatimah, faizah, endang, marlina, zamang, jaaf, duwan, hasrul, samriey, mazz, aizan, zariah, zamzila 


Universiti Malaya-Tradisi Kecemerlangan


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya


Kolej Kediaman Al Ghazali

Kemudahan Untuk Para Pelajar

Berbagai kemudahan dan tempat yang menarik boleh didapati di dalam  kampus APIUM Nilam Puri.Diantaranya:

 1)Kolej Kediaman

Di kampus ini terdapat 2 buah kolej kediaman untuk para pelajar yang menuntut di sini iaitu:

 a)Kolej Kediaman Al-Ghazali.

 Bangunan ini adalah satu blok asrama yang dibina 4 tahun lalu untuk penempatan siswa yang menuntut di Nilam Puri bagi menggantikan asrama lama yang tidak mampu menampung bilangan siswa yang bertambah setiap tahun .Bangunan satu blok setinggi 3 tingkat ini mampu menampung pelajar seramai  260 pelajar .Setiap paras disediakan bilik air dan tandas untuk kemudahan pelajar sementara bilik TV dan sebuah kantin ditempatkan dibahagian bawah .Setiap bilik menempatkan 2 orang pelajar siswa yang disediakan 2 katil ,2 meja belajar ,2 almari dan kemudahan –kemudahan lain.

b)Kolej kediaman Al –Malik Khalid.

 Asrama ini menempatkan pelajar siswi yang menuntut disini .Ia mampu menempatkan 450 pelajar dalam satu-satu masa .Bangunan ini mengandungi beberapa blok bangunan setinggi 2 tingkat.Dibahagian paras bawah terdapat sebuah kantin ,surau ,koperasi ,bilik TV dan beberapa kemudahan lain.Setiap bilik menempatkan 3 orang pelajar yang disediakan berbagai kemudahan untuk pelajar. Di bahagian tengah –tengah bangunan terdapat sebuah gelanggang badminton untuk kegitan sukan.

 2)Bangunan kuliah

 Disini terdapat 2 blok bangunan untuk kegunaan pembelajaran pelajar-pelajar disini.Satu blok setinggi 2 tingkat dan satu blok lagi setingkat yang mengandungi 2 dewan kuliah dan 14 bilik kuliah.Setiap bilik kuliah di lengkapi sistem hawa dingin serta alat –alat pembelajaran yang lain untuk para pelajar .Di bangunan tersebut juga ditempatkan bilik pensyarah, sebuah makmal komputer yang dikenali (PRINSMA) ,bilik air dan sebuah cyberlab .

 3) Cyberlab

 Cyberlab ini dikendalikan syarikat luar yang mengambil kontrak untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada pelajar. Kadar bayaran yang dikenakan untuk sejam ialah RM3.00.

Ia mendapat sambutan dari para pelajar yang  ingin mendapatkan berbagai maklumat  dari internet  yang terkini.Selain itu para pelajar tidak perlu ke Kota Bharu untuk mendapatkan perkhidmatan ini .

 4)Bangunan Pejabat Pentadbiran Universiti

 Bangunan ini terletak bersebelahan Kolej Kediaman Al-Ghazali.Ia berasal dari sebuah istana yang diwakafkan oleh Kerajaan kelantan dan telah diubahsuai untuk tujuan itu .Ia mengandungi  beberapa bilik yang menempatkan bilik untuk pengelola ,penolong pendaftar universiti,bilik cetak ,2 bilik mesyuarat dan beberapa bilik pensyarah.Selain itu terdapat sebuah surau yang terletak di belakang bangunan.Di sekitar bangunan ini terdapat taman-taman bunga yang mengindahkan landskap kawasan ini.

 5) Kemudahan Rekreasi

 Untuk tujuan itu berbagai kemudahan disediakan antaranya gelanggang badminton yang terletak  di dalam Dewan Johor,sebuah padang bola ,gelanggang sepak takraw ,bola tampar dan kemudahan lain.Pihak pentadbir telah membekalkan alat-alatan sukan kepada  para pelajar.Kegiatan –kegiatan ini dapat mengisi masa lapang dan merehatkan fikiran para pelajar setelah penat belajar dan mengeratkan ukhwah antara pelajar .

 6)Kemudahan –Kemudahan Lain.

Selain  perkara diatas, terdapat kemudahan lain yang disediakan antaranya kemudahan telefon awam yang terletak dikawasan strategik, tempat letak kenderaan  , perpustakaan ,bangunan pengawal keselamatan untuk mengawasi keselamatan kawasan universiti ,rumah kakitangan,rumah rehat dan berbagai kemudahan lain.

7) Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung laut dikatakan masjid  yang tertua di Malaysia.Namanya diambil sempena nama asal tempat ia dibina iaitu Kampung Laut yang terletak di Jajahan Tumpat ,Kelantan.Awal pembinaannya ,ia terletak sekurang-kurangnya 3 suku batu daripada tebing Sungai Kelantan dan berhampiran dengan pantai.Pada bulan Disember 1966 banjir besar telah melanda Kampung Laut dan ia telah merosakkan dan membahayakan masjid ini .Ini menyebabkan pihak Persatuan Sejarah Malaysia merasakan masjid ini tidak selamat lagi disitu.Atas permintaan Persatuan Sejarah Malaysia kerja–kerja perombakan telah dijalankan oleh tukang-tukang melayu Kelantan yang mahir tentang kerja–kerja ini pada bulan November 1967.Masjid ini dibina semula di kawasan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri berhampiran kawasan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan(YPTIK) seperti yang ada sekarang.

 

Masjid bersejarah ini terletak bertentangan dengan APIUM Nilam Puri  dan berdekatan dengan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) serta Pusat Bahasa Arab (PBA) .Oleh kerana ia terletak dalam lingkungan kawasan pusat–pusat pengajian maka tidak hairanlah ia tidak pernah sunyi daripada para pelajar  untuk menunaikan kewajipan mereka kepada Allah setiap waktu solat.Selain itu ia juga selalu di isi dengan berbagai program–program pentarbiahan untuk para pelajar seperti kuliah subuh, ceramah dan aktiviti–aktiviti agama lain. Malahan ia turut dikunjungi pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara.



   


RUANGAN IKLANEKA IDEOLOGI

Sautut Tolabah:
Biro Penerbitan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Univerisiti Malaya telah berjaya mengeluarkan majalah tahunannya. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi saudara Fitri Ali. Senaskhah berharga RM 4.50.    

Al Jihad.
Majalah Dwi-tahunan APIUM Nilam Puri ini dengan penampilan yang baru akan diterbitkan tidak lama lagi. Segala persoalan sila hubungi Pengarah Urusannya Saudara Mohd. Tarmimi Mat Hussin.

Ruangan Iklaneka
Kepada mana-mana persatuan atau badan baik luar atau dalam, mahupun orang perseorangan boleh menempah ruangan iklan kami di IDEOLOGI ini. Sila hubungi WebMaster untuk tujuan tersebut.

Taip Setting
Pusat Komputer kaademi Pengajian Islam universiti Malaya menawarkan perkhidmatan taip setting english dan arabic. Berminat sila hubungi WebMaster laman ini.

Bayar Hutang Wooiii
Mana-mana individu yang berhutang dengan Persatuan Mahasiswa APIUM Nilam Puri, diminta untuk tampil menjelaskan hutang-hutang tersebut.-Biro PPL PMAPIUM NP

Sponsor
Kami menjemput mana-mana pihak yang ingin men'sponsor' laman kami secara komersil.

Web Master

 

 

APIUM
Sejarah
Pentadbiran
Kemudahan
Syariah
Usuluddin
Pendidikan Bersama
Pra & Integrasi
Perpustakaan
Masjid


PRINSMA
Pengenalan
Organisasi
Aktiviti

UniLinks
UM
UIAM
UKM
UTM
UUM
UPM
UMS
UNIMAS
KUSZA

Komentar
Kami mengalu-alukan cadangan dan komen daripada anda untuk ruangan Forum kami. Hantarkan surat saudara/i melalui e mel atau tuliskan terus kepada kami. 
prinsma@hotmail.com

Iklaneka
Kepada mana-mana persatuan, atau orang- orang perseorangan yang ingin menyertai ruangan iklan kami, hubungi kami.

Thought for the week
 
"...Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan mengingati Allah itu adalah lebih baik, dan Allah maha  mengetahui apa yang kamu kerjakan."
( al Ankabut: 45 )

"Sesungguhnya ilmu itu barang yang hilang daripada orang mukmin, maka kutiplah ia dimana sahaja kamu jumpainya "
( Mafhum Hadith )