Make your own free website on Tripod.com


Buletin Mingguan Apium Nilam Puri/April 2000/Muharram 1421

BERITA APIUM
Peperiksaan
Kelab Bahasa
MUET
Kemasukan Baru
Kursus Intensif Komputer
Perlantikan Baru(Sensasi)

RENCANA
mIRC
Forum Pembaca


Utilities
Global Links
News Review
HTML Editor
Arabic Version

Ruangan Khas
Berita dari seluruh IPT tanah air. Tunggu kemunculannya.

Web Requirement
OS: Windows 98
Browser: IE 5.0
Screen: 800x600
Java: Must Enabled

Please noted:
This page is tested only with IE 5.0 

Sebarang permasalahan sila hubungi:

Pusat Komputer, Akademi Pengajian Islam,Univerisiti Malaya, 16010 Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 
609-7129384
013-9026963

Selamat tahun baru hijrah, hijrah membentuk diri dan hati ke arah yang lebih harmoni dan murni... 
committee 


KrewBoard
Matmeer, 
Sofwé, Warq, Mukrim, Hanif, Firdaus, Malik, najwa, hanifah, anis, fatimah, faizah, endang, marlina, zamang, jaaf, duwan, hasrul, samriey, mazz, aizan, zariah, zamzila 


Universiti Malaya-Tradisi Kecemerlangan


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Mari Berborak di Zaman Siber

Oleh: Siti Firdaus Zakaria

Sering kali kita dapati remaja-remaja kita apabila kita berkunjung ke siber-sibe kafe walau di mana jua tempatnya. Sama ada di bandar-bandar besar atau di pekan-pekan kecil. Jika ditinjau, agak susah untuk kelihatan golongan yang agak berumur di situ. Ternyata para remaja kita ini mengggunakan Internet untuk berborak dalam IRC. Tetapi tidak tahu pula apa yang mereka borakkan hingga berjam-jam 'melekat' di situ.

     Rasanya masih ramai yang belum benar-benar arif dengan istilah IRC ini. Untuk makluman semua, IRC ialah kependekan kepada Internet Relay Chat atau Perbualan Berganti, Internet, berborak, bersembang atau disebut juga dengan istilah chit chat. Sememangnya IRC ialah satu 'kompenen' yang berjaya menarik minat pengguna Internet. Ia menjadi pilihan pengguna Internet untuk menghilangkan rasa bosan di samping menambahkan bilangan kenalan mereka di alam siber.

     Namun, setakat manakah ruangan ini digunakan sebaiknya oleh pengguna kita untuk tujuan yang berfaedah kerana beberapa bulan lepas pengguna Internet Malaysia pernah dilabelkan sebagai TIDAK BERETIKA oleh PENYEDIA RUANGAN BERBORAK ANTARA BANGSA dalam menyertai ruangan berborak ini. Inilah akibatnya kalau tidak menjaga tutur bicara dengan betul. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

IRC

     Bagi remaja kita, IRC tentunya mereka sudah kenali. Tetapi bagi yang baru hendak berjinak-jinak dengan Internet, marilah kita sama-sama berkenalan dengan IRC ini. IRC secara umumnya adalah perkembangan langsung daripada Sistem Papan Buletin (Bulletin Board System - BBC) yang dikembang oleh                  Jarkko Oikarinen pada tahun 1988 di Finland. IRC membolehkan pengguna-pengguna Internet berkomunikasi dengan menghantar mesej dan dibalas oleh pengguna lain dalam masa yang sama dalam satu kotak mesej.

     Berbeza dengan e-mel, IRC tidak memerlukan alamat e-mel seseorang. Melalui IRC, perbualan berlaku dalam satu saluran atau rangkaian yang boleh disertai oleh beribu-ribu pengguna Internet dalam masa yang serentak. Pengguna hanya perlu menaipkan mesej atau apa-apa kata perbualan untuk perhatian pengguna yang lain atau pengguna boleh terus memilih nama pengguna yang sedang menyertai sidang perbualan tersebut.

     Perbualan ini boleh bersifat terbuka atau peribadi. Untuk perbualan peribadi, pengguna hanya perlu memasuki 'bilik tertentu' yang dipilih dan berbual di dalamnya tanpa gangguan pengguna lain. Anda boleh berbual apa tajuk pun di situ. Walaupun begitu, perbualan anda sebenarnya dikawal oleh operator saluran yang biasanya juga mempunyai nama samarannya sendiri. Jadi berhati-hati ketika berbual.        

     Antara laman web perbualan yang sering dikunjungi oleh penggemar ruangan ini ialah http://www.amboi.net, http://www.warung mamak.com,http://www.yahoo.com,http://www.alamak.com,http://undernet.org dan http://www.dal.net  .Jika anda pengguna baru, anda boleh mengikut arahan-arahan yang diberikan oleh mana-mana penyedia ruangan ini. Sebelum mendaftar, bacalah dahulu etika dan larangan-larangan yang perlu diambil perhatian semasa berbual. Tidaklah susah sangat untuk memasuki ruangan berborak ini cuma anda perlu bersabar menunggu loadingnya yang agak lambat untuk masuk berbual.

     Walaubagaimanapun,      mana-mana laman IRC akan menjadi menarik jika penggunanya tahu memanfaatkan kemudahan yang disediakan itu di samping menjaga tutur bicara mereka bagi menjadikan ruangan tersebut ceria dan berilmu. Semasa berbual, pastikan anda sentiasa menjaga tutur bicara dan bertimbang rasa serta bertanggungjawab.   Anggaplah semasa kita berbual di IRC, kita sebenarnya berhadapan dengan ramai orang di sekeliling kita dan mereka membaca setiap mesej yang kita hantar ke situ. Oleh itu, anda mesti menjaga adab sopan, tingkah laku dan bicara anda sebagaimana anda berdepan dengan orang ramai.

     Selain itu, anda juga boleh memilih nama samaran untuk menyertai ruangan ini. Tetapi kalau hendak memilih nama samaran, anda dinasihatkan agar memilih nama samaran yang senonoh dan baik sikit. Kadangkala terbetik rasa malu juga bila ada pengguna yang menyertai ruangan ini memilih nama samaran yang tak senonoh dan tidak sedap disebut atau mendengarnya. Pemilihan nama samaran yang tak senonoh sebenarnya menggambarkan peribadi kita juga. Kalau kita memilih nama samaran yang agak tidak senonoh, maka orang lain akan menganggap pemikiran dan peribadi kita juga begitu. Apatah lagi sebagai seorang Islam kita harus menjaga adab sopan di mana sahaja kita berada dan pada setiap masa walau dalam apa jua keadaan.

LARANGAN DAN ETIKA

Ketika berbual, elakkan diri daripada terlalu emosional. Kalau dah nak marah sangat janganlah sampai memaki hamun atau mengeluarkan perkataan-perkataan yang kesat di situ. Kalau tak puas hati, keluar saja dengan baik dari situ. Tak perlu marah-marah.Berikut antara beberapa larangan yang patut dijauhi oleh pengguna semasa berbual:-

         - Mengeluarkan kata-kata yang kesat,kasar,bersifat mengugut dan lucah.

         - Berperilaku tidak senonoh sehingga mengganggu ketenteraman orang lain.

         - Menghantar maklumat yang tidak berguna kepada seseorang atau saluran kerana ia akan mengganggu kelancaran hubungan jaringan secara keseluruhan.

         - Berhati-hati jika ada yang mempelawa anda berjumpa secara bersemuka. Mintalah pandangan ibu bapa atau penjaga dahulu sebab kita tidak mengetahui latar belakang orang tersebut.

Apa pula yang patut anda lakukan:-

         - Memberi salam setiap kali masuk ke ruangan berborak

         - Menyapa setiap orang yang baru masuk.

         - Menghargai pendapat orang lain.

         - Menghargai privacy orang lain.

         - Ramah, tidak mudah tersinggung, sabar dan pemaaf.

     Semoga para pengguna kita dapat menjadikan ruangan berborak ini suatu tempat yang lebih berfaedah dan berilmu kepada semua dengan menjaga tatasusila kita semasa berbual. Kalau hendak berbual kosong pun, biarlah berpada-pada. Dan ada baiknya jika pengguna kita tidak membazirkan bil telefon dan Internet dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah sampai berjam-jam. Bukankah lebih baik jika wang tersebut digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah daripada membazir? TEPUK DADA TANYALAH IMAN...


RUANGAN IKLANEKA IDEOLOGI

Sautut Tolabah:
Biro Penerbitan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Univerisiti Malaya telah berjaya mengeluarkan majalah tahunannya. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi saudara Fitri Ali. Senaskhah berharga RM 4.50.    

Al Jihad.
Majalah Dwi-tahunan APIUM Nilam Puri ini dengan penampilan yang baru akan diterbitkan tidak lama lagi. Segala persoalan sila hubungi Pengarah Urusannya Saudara Mohd. Tarmimi Mat Hussin.

Ruangan Iklaneka
Kepada mana-mana persatuan atau badan baik luar atau dalam, mahupun orang perseorangan boleh menempah ruangan iklan kami di IDEOLOGI ini. Sila hubungi WebMaster untuk tujuan tersebut.

Taip Setting
Pusat Komputer kaademi Pengajian Islam universiti Malaya menawarkan perkhidmatan taip setting english dan arabic. Berminat sila hubungi WebMaster laman ini.

Bayar Hutang Wooiii
Mana-mana individu yang berhutang dengan Persatuan Mahasiswa APIUM Nilam Puri, diminta untuk tampil menjelaskan hutang-hutang tersebut.-Biro PPL PMAPIUM NP

Sponsor
Kami menjemput mana-mana pihak yang ingin men'sponsor' laman kami secara komersil.

Web Master

 

 

APIUM
Sejarah
Pentadbiran
Kemudahan
Syariah
Usuluddin
Pendidikan Bersama
Pra & Integrasi
Perpustakaan
Masjid


PRINSMA
Pengenalan
Organisasi
Aktiviti

UniLinks
UM
UIAM
UKM
UTM
UUM
UPM
UMS
UNIMAS
KUSZA

Komentar
Kami mengalu-alukan cadangan dan komen daripada anda untuk ruangan Forum kami. Hantarkan surat saudara/i melalui e mel atau tuliskan terus kepada kami. 
prinsma@hotmail.com

Iklaneka
Kepada mana-mana persatuan, atau orang- orang perseorangan yang ingin menyertai ruangan iklan kami, hubungi kami.

Thought for the week
 
"...Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar, dan mengingati Allah itu adalah lebih baik, dan Allah maha  mengetahui apa yang kamu kerjakan."
( al Ankabut: 45 )

"Sesungguhnya ilmu itu barang yang hilang daripada orang mukmin, maka kutiplah ia dimana sahaja kamu jumpainya "
( Mafhum Hadith )